Sunday, June 28, 2009

Assalammualaikum semua... ;-)

Sudah lama saya tidak menjenguk blog saya ini. Almaklumlah saya sekarang memang tak menang tangan menerima tempahan jahit manik di baju orang. Terutamanya mereka yang ingin ke dinner dan majlis kerja kahwin. Diharap mereka semua berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya.

Di sini saya postkan 3 jenis jahitan manik yang saya buat... ;)







camane hasil????..... ;-)

Monday, June 15, 2009

Tentang saya...;-)

Assalammualaikum....

Salam perkenalan kepada semua pembaca blog terutamanya blog saya ini. Sebagai perkenalan saya show off kan nama saya; "YAN"...
Saya seorang pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor (UTM) tahun akhir. Mengambil jurusan Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan Kemahiran Hidup selama 4 tahun berturut-turut. Saya juga ex-student Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB); mengambil jurusan Diploma Sains Pertanian selama 3 tahun berturut-turut. Oleh itu, ingin saya katakan yang saya sudah penat belajar...huhuhu... (tak baik gelakkan saya..)
YAN; berumur 25 tahun pada tahun 2009 ini dan sudah berkahwin. Saya suka bergumbira setiap masa... hehehe.. ;)
Di waktu cuti semester saya suka menjahit manik di baju2 orang... bermula dengan menjahit baju mak dan adik2, maka bermulalah orang menempah jahitan manik dari saya... ;)

Beads @ Manik.......

Saya suka menjahit manik, tapi saya tak pandai jahit baju....hehe...
Mungkin saya seorang yang berseni dan kreatif...
Saya baru belajar menjahit manik iaitu sebanyak 20 jenis jahitan dan sekarang sedang belajar lagi untuk mencari ilmu-ilmu jahitan manik yang belum diterokai oleh saya...hehe
Di saat ini, saya sedang menerima tempahan jahitan manik untuk baju hari raya dan dinner member... setakat ini alhamdulillah, penerimaan terhadap jahitan manik saya mendapat sambutan... Almaklumlah, hari raya tinggal 2~3 bulan jer lagi...;) tak sabar rasanyer hendak beraya pada tahun ini...;)

Kepada kawan-kawan sekitar Putrajaya, jika hendak membuat tempahan, saya berada berhampiran dengan anda iaitu di Presint 9...

Jika berminat hendak menempah jahitan manik, sila hubungi saya di talian :
019-3628490 (Pn. Yan)